syawal online…

blog peribadi syawal

La Tahzan

"Bersabarlah dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah." AQT anNahl 16: 127 "Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" AQT al-Ma'arij 70: 05 "dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu." Atsar Umar alKhattab: "Dengan sabar kita tahu makna hidup"

IPOH ke Lenggong

Written by admin on Jul 11th, 2008 | Filed under: Blog

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.Subscribe RSS feed untuk info terkini dari Syawal Online.

Assalaamu`alaikum wb t

Kalau tiada aral, InsyaALLAH esok nak balik Lenggong. Kerap jugak aku balik Lenggong. Dok kat kampung ni, lain sikit suasananya. Ipoh pun tak lah sibuk sangat. Banyak traffic light je. Itu yang jemu. Beza dengan Lenggong. Boleh tengok bukit, tasek, sungai, pokok asam, gajah dan macam-macam lagi. Pagi di kampung, tak sama dengan pagi di Ipoh ni.

http://wikimapia.org

Kalau sebelum highway siap, orang yang nak balik Kelantan pasti kena lalu pekan Lenggong. Sekarang tidak lagi. Dari Ipoh ke Lenggong, lebih kurang 45 minint perjalanan kalau bawa tak berapa perlahan.

Ada muzium Lenggong, Lata Kekabu, Tasek Raban, Gua-gua… boleh melawat. Ikan pekasam pun banyak dan salah satu produk orang kampung. Dulu pernah ada ladang teh, tapi dah tutup. Memang seronok Lenggong ni. Dulu, orang takut nak ke Lenggong. Macam-macam cerita ada. Sekarang dah tak serupa dulu. Dunia dah berubah. 

Syawal

Sphere: Related Content


Terima Kasih Afzai

Written by admin on Jul 10th, 2008 | Filed under: Santai

Assalaamu`alaikum wb t

Inilah kek untuk isteri kesayangan. Beli kat AfzaiAfandi.Com.  Terima kasih banyak-banyak kerana terpaksa susah payah terima tempahan last minit ni. Rupanya dah ada blog cerita pasal kek yang macam-macam rupa bentuk.

TAHNIAH AfzaiAfandi….!!!

Antara kek yang ada dijual oleh AfzaiAfandi dot Com.

 

Sphere: Related Content


Spam, Blog, Splog

Written by admin on Jul 7th, 2008 | Filed under: Blog

Assalaamu`alaikum wb t

Spam + Blog = SPLOG. Baru dapat tahu benda ni dalam 2 minggu sudah. Ingatkan email je yang ada spam, blog pun ada juga. Peti surat rumah aku pun dapat juga surat yang entah apa-apa. Kalau setakat iklan / promosi kat tesco ke, Giant ke, Jusco ke, kedai spec mata ke, biasa la… tapi ada juga surat melalui pos yang masuk ke peti surat aku yang jenis kutip derma secara MLM. Maksud aku surat / flyers yang biasa kita jumpa di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang boleh depa letakkan.

SMS pun ada yang seumpama SPAM ni. Termasuk panggilan telefon. Rasanya semua orang ada mengalaminya. Matlamat semua ini dilakukan, yang nampak jelas ialah DUIT punya pasal.  Sebab tu sanggup buat macam-macam.

Aku tak terdedah sangat dengan benda ni, maka banyak yang tak tahu. Kalau salah, boleh lah diperbetulkan.

Splog biasanya guna artikel yg dicopy & paste. Kadang tu artikel asli. Spam dalam blog pula macam yang aku buat ni kot, pergi ke blog orang, buat komen sikit, lepas tu taruk link ke blog aku ni.  Matlamat dua cara ni ialah nak panggil orang ramai agar datang ke blog kita agar traffic kita naik. Lebih kurang macam ni la yang aku faham pasal SPLOG dan SPAM ni.

Syawal

Sphere: Related Content


Selamat Hari Lahir Isteriku…

Written by admin on Jul 4th, 2008 | Filed under: Blog

Sparklee.com - http://www.sparklee.com

buy nintendo wii console online

Ninja!Glitter Text Generator - http://www.sparklee.com

Nintendo DS Lite Games

 

Syawal

p/s: Bahasa Zulu (South Africa) dan Punjabi (India)

Sphere: Related Content


Kerajaan Yang Ditunggu-tunggu

Written by admin on Jun 25th, 2008 | Filed under: Blog

 

 

alFiqrah dot Com

Oleh : Zulkifli Yahaya di  DetikDaily.Net

Seratus hari adalah jarak perhitungan ukuran manusia, tentang berjaya atau gagalnya sebuah teraju pemerintahan baru bagi fasa pertama pentadbirannya. Jika ia gagal, maka pemerintahan baru tersebut diandaikan akan gagal selamanya. Jika tidak gagal pula, maka harapan tentang pentadbirannya bagi fasa berikutnya yang lebih panjang, tidaklah gelap.

Ukuran kejayaan pula diukur dengan apa perubahan yang dibuat, diketahui dan dirasai oleh rakyat.

Dato’ Seri Idris Jusoh mengambil alih pentadbiran dari kerajaan PAS pada tahun 2004, memulakan pentadbiran baru dengan memasang lampu yang banyak bagi mencerahkan bandar Kuala Terengganu. Dia nampak hebat dan melakukan perubahan yang sangat besar, walaupun kerjanya kecil saja. (more…)

Sphere: Related Content


Apa Khabar Tok Guru?

Written by admin on Jun 20th, 2008 | Filed under: Blog

Assalaamualaikum wbt 

Apa khabar Tok Guru? (more…)

Sphere: Related Content


Seminar metodologi pengajian ilmu hadith

Written by admin on Jun 17th, 2008 | Filed under: Agama, Iklan

Assalaamu`alaikum wb t

Satu seminar berkaitan hadis akan diadakan di Kuala Lumpur. Saya bercadang untuk join sama. Entah sempat atau tak, akan saya usahakan. Ada ke kawan dari Ipoh atau Perak yang ke sana? (more…)

Sphere: Related Content